BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 12, 2010

ASAS-ASAS AKIDAH!!!


Assalamualaikum...
Hehe, sengaje, saya bosan sebenarnya... Maka, apa kata kalau kita sama-sama membosankan lagi keadaan dengan bersama membincangkan tajuk akidah! Yei! Tak, tajuk ni tak bosan. Percayalah, kalau anda dapat mengenal akidah sendiri, maka, "It'll be easier to make sense about this world, our lives, our existence, our death and the life hereafter. It'll make you a better and brighter human being."

(Perhatian: Isi-isi berdasarkan pemahaman penulis sendiri sahaja dengan ilmu yang kuranglengkap dan mantap. Maka, untuk lebih terperinci dan details lagi, silalah rujuk sumber-sumber yang lebih formal. Artikel ini bertujuan untuk bagi faham sahaja. Pastu kalu ada salah tulis, tolong bitau saya yah.)

PENGENALAN: MAKSUD AKIDAH

Perkataan AKIDAH ialah satu perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab, iaitu AKAD, yang bermaksud, IKATAN / SIMPULAN. Ini literal meaning sahaja, atau maksud perkataan dari segi bahasanya. Cari dalam kamus bahasa Arab pun boleh jugek.
So, kalau nak intellektual sikit, ayoh kita lihat maksud dari segi istilah agama Islam. Iaitu dari angle belajar agama nih. Sebagai anak jati orang Melayu, AKIDAH maksudnya KEPERCAYAAN, KEYAKINAN atoupun KEIMANAN kita. Tapi kalu cakap orang Australia, mereka panggilnya FAITH or BELIEF.

Semua orang ada akidah mereka yang tersendiri, sama ada benar atau tipu sahaja. Mereka boleh ada akidah terhadap pokok, matahari, ataupun patung-patung, dan boleh juga ada akidah terhadap Allah S.W.T. macam kita semua orang Islam which is the only true faith. Jadi, amatlah penting untuk kita mengenal dan belajar tentang akidah ini, supaya kita dapat membezakan antara akidah yang benar dan akidah yang tidak benar.

Akidah juga boleh diibaratkan apabila kita mengikat suatu janji dengan orang lain, dan akidah yang kukuh itu ialah apabila kita berpegang kepada janji tersebut kerana kita yakin dan percaya dengan orang yang kita membuat janji tersebut, yakin dan percaya pada janji itu sendiri, bahawa kita berjanji pada perkara dan tempat yang betul, yakin bahawa janji ini akan ditunaikan.

Kawan-kawan semua, apabila kita berani membuat perjanjian, maksudnya tentulah kita betul-betul ada keyakinan terhadap perkara tuh. (Sila angkat tangan sape-sape di sini yang selalu sahaja berani & dengan selambanya berjanji dengan orang lain?) Kita tak selalu berani berjanji except only if we really have put our trust into that deal. Maka pointnya di sini ialah, percayalah dengan janji Allah, have faith in HIM, it is the the only truest deal and put our akidah in it.

Nabi kita Muhammad S.A.W memulakan dakwahnya dengan membetulkan akidah orang-orang Arab di Makkah pada masa itu. Membetulkan simpulan di hati mereka, supaya mereka mengikatkannya pada tali dan simpulan yang betul. Setelah mereka menemui akidah yang benar, simpulan hati mereka terhadap Allah menjadi sangat kukuh hingga tak mungkin dapat dileraikan lagi. Maka, mudahlah untuk mereka lepas-lepas tuh, untuk mentaati perintah-perintah dan larangan-larangan Allah which Allah reveals gradually through the Quran.

HA! Sebab itulah kawan-kawan, kita semua wajib belajar dan faham akidah! Lantaklah kalu anda rasa perkara ni sangat bosan or sangat kering ke... Sebenarnya, tanpa akidahlah, jiwa kita jadi kering kontang, ibarat padang pasir yang tidak subur tanahnya, hujan pun berpuluh tahun sekali, lepas tuh, tak sempat sampai kat tanah dah tersejat ke udara yang berdebu dan kering, lalu ditiup angin taufan, bersama ribut pasir dibawa pergi entah kemana. Sebab itu mesti suburkan selalu dengan ilmu yang benar dan amalan yang baik. Cewahhh...!

Maka, saya berpendapat, cukup dulu sampai sini sahaja perbincangan kita tentang akidah. Hhhmm, saya memang bercadang nak sambung lagi, tapi tak berani nak janji, sebab tak percaya diri sendiri, assignment pun slalu tangguh-tangguh, ini plak artikel tentang akidah nih. Insya-Allah, moga kita jumpa lagi untuk tajuk, dalil kepada akidah, dan asas-asas akidah: Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, dan Asma' wa Sifat.

Sampai berjumpa lagi di lain masa, saya sudahi dengan Peace be Upon You = Assalamualaikum!!!



0 comments: