BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 24, 2010

Bekalan dari Malaysia

Assalamualaikum..

Pada penghujung semester lepas,penulis dan 9 sahabat yang lain sempat untuk mendengar pesanan daripada ustaz Khairul Anuar di surau Ta'dib IPIK. Tidak adil rasanya jika input-input yang sangat berguna itu tidak dapat dikongsi bersama sahabat2 yang lain. Oleh itu,dalam entry kali ini,penulis ingin berkongsi 5 pesanan utama Ustaz Khairul yang insyaAllah amat berguna untuk kita semua:

1) NIAT

Mari kita tanya diri kita sendiri,apa sebenarnya niat kita ke sini? Adakah kita hanya sekadar seorang tourist di sini? Datang untuk melancong dan mengambil gambar semata-mata? Kita sepatutnya bersyukur mendapat peluang untuk melihat negara luar ini. Kita dapat bermusafir. Terdapat banyak iktibar yang boleh diambil. Kita berpeluang untuk melihat,mentafsir dan berfikir segala benda dan situasi yang asing di sekeliling kita. Suka penulis untuk mengingatkan sahabat2 untuk sentiasa refresh niat kita. Jangan lupa untuk update niat kita itu agar sentiasa berada di landasan yang benar.

2) TINGGALKAN KELUARGA DAN SAHABAT2 DALAM KEADAAN HAK2 MEREKA DIPENUHI

Cuba kita muhasabah semula diri kita. Adakah kita telah meninggalkan keluarga dan sahabat2 di Malaysia dalam keadaan hak2 mereka telah dipenuhi? Adakah kita pernah menyakiti hati sesiapa dan masih belum meminta maaf? Adakah kita masih berhutang dengan mereka dalam apa jua bentuk sekali pun? Adakah mereka redha akan pemergian kita? Cuba kita renung kembali,sudahkah kita meminta doa lebih2 lg dari ibu bapa kita sebelum memulakan pengajian semalam? Sudah pasti kita ingin berada di sini dalam keadaan 'bersih'. Jika masih ada lg hak2 mereka yang belum terlaksana,kita masih belum terlambat. Hubungi mereka. Mereka pasti menghargainya =)

3) INGAT AMANAH2 YG DIPIKUL

Mari hayati bersama petikan lagu Yusof Islam berjudul Bismillah ini:

I am a Muslim, the things I say
In everything I do everyday
We are Muslims, the things we say
In everything we do everyday

Ke mana sekali pun kita pergi,kita adalah muslim. Maka,bawa imej seorang muslim. Tidak kira di mana sekali pun kita pergi,ingatlah bahawa kita masih terikat dengan title muslim itu. Selain itu,kita juga perlu membawa imej seorang penuntut ilmu. Apakah imej seorang penuntut ilmu? Penulis beranggapan kita semua sebagai bakal pendidik tahu akan imej seorang penuntut ilmu sejati itu. Ingatlah para sahabat,semua perbuatan kita di sini tidak sia2 dan segalanya akan dikira di samping Allah kelak.

4)BINA UKHWAH

Ukhwah di sini termasuklah ukhwah sesama sahabat2 cohort 1 sendiri, ukhwah dengan senior2 dan ukhwah dengan orang luar yang lain. Berada jauh dari keluarga di Malaysia,kita semua di sini adalah 1 keluarga. Sebaik-baiknya,binalah ukhwah dengan mereka yang boleh membimbing kita dari aspek tarbiah,sahsiah dan akademik dan saling menasihati dan menegur.

"Sungguh,manusia berada dalam kerugian.kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (Surah al'Asr ayat 2&3).

Sekali-sekala,alangkah manisnya jika kita semua dapat berkumpul bersama untuk mengeratkan lagi ikatan2 yang telah dibina atas nama Islam ini.(jemput datang ke program JOM JEMAAH: Solat Jemaah, Yasin dan Tazkirah Ringkas)

5) KE MANA KITA PERGI,KITA ADALAH PENDAKWAH

Dalam entry yang lepas,penulis ada menyentuh tentang kewajiban menyeru ke arah kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Setiap orang yang mengucap 2 kalimah syahadah itu adalah pendakwah. Maka,tunjukkanlah contoh dan sikap yang baik. Dengan berbuat begini,kita sebenarnya telah menjaga diri sendiri dan juga org lain di sekeliling kita. Nama baik bermula dari sekecil-kecil diri sendiri hinggalah ke sebesar-besar negara dan agama,segalanya bergantung kepada kita.


Akhir kata,suka penulis untuk mengingatkan sahabat2 sekalian untuk menghargai,menghayati serta mempraktikkan pesanan2 yang diterbangkan jauh dari Malaysia ini..Ingatlah bahawa mereka di sana sentiasa menyayangi serta mempunyai harapan yang tinggi terhadap kita. Persoalannya,bagaimana cara kita membalas kasih dan memenuhi harapan mereka itu? Sama2 kita renungkan. Wallahuaalam.

0 comments: