BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 22, 2010

Semangat Meledakkan Suasana Solehah


Assalamualaikum.

Penulis mulakan entry kali ini dengan sepotong ayat alquran:

“dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu golongan orang yang menyeru ke arah kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung”

(surah Ali Imran ayat 104)

Penulis masih ingat lagi kuliah Dhuha oleh Ust Miftah b Anuar sekitar 4 bulan yang lalu di dalam Surau Ta’dib, IPIK. Beliau menghuraikan ayat ini.

Jika diperhatikan terdapat dua perkara yang hamper sama iaitu “menyeru ke arah kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf”. Kedua-duanya menyuruh manusia melakukan amar ma’ruf.

Namun jika diperhatikan perbezaannya ialah:

Yang pertama (menyeru ke arah kebaikan) ditujukan kepada mereka yang tak punya kuasa. Jadi langkah terbaik adalah mengajak, memujuk dengan nada dan uslub yang lemah lembut dan penuh hikmah.

Yang kedua pula ditujukan kepada mereka yang mempunyai kuasa. Golongan ini digesa untuk menyuruh manusia melakukan perkara baik menggunakan kuasa mereka. Sebab itu kuasa itu penting dalam berdakwah namun bukan kewajipan.

“dan hendaklah ada dalam kalangan kamu…” memberi tafsiran bahawa di mana terdapat sekelompok umat islam, sunnahnya aka nada satu golongan yang dikurniakan limpahan kurnia tuhan untuk melakukan usaha islah (memperbaiki) dan dakwah.

Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu kita menetap di bumi asing bumi Australia ini, kewujudan satu golongan yang insyaallah berusaha dan bercita-cita memperbaiki diri dan mengajak sahabat-sahabat lain hidup di jalan Islam.

Kita patut bersyukur kerana dalam kalangan kita ada yang inginkan usrah, ingin menganjurkan aktiviti-aktiviti kerohanian dan ingin turut serta dalam kuliah sekitar Queensland. Nantikan kehadirannya!

Jadi, penulis suka mengajak sahabat-sahabat menyahut semangat ini dan sama-sama kita memperbaiki diri dan mempertingkatkan iman kita. Wallahuaalam.



0 comments: