Monday, April 5, 2010
i have something to be done but oh yeah watching a short movie won't take a long time and then i will 'definitely continue the work but wait...and
Posted by USRAH QUT at 4:30 PM 2 comments
Thursday, March 25, 2010
post-mortem~jom jemaah 2
Posted by USRAH QUT at 11:21 AM 0 comments
Monday, March 22, 2010
Salam . Sayang . Untuk . Semua
Ya Allah Yang Maha Pengasih,
Tetapkanlah kami pada jalan yang Engkau kehendaki
Pada lorong yang Engkau redhai
Kekalkanlah rasa cinta kami ke arah kebajikan yang ikhlas keranaMu
Permudahkanlah segala urusan kami
Lindungilah kami daripada segala bencana dan malapetaka
Jauhkanlah kami daripada hasutan syaitan dan nafsu yang menyimpangkan segala kemahuan kami untuk beribadah kepadaMu
Lindungilah kami daripada segala perkara yang menggugat akidah kami
Lindungilah kami daripada bahana pecah-belah di kalangan kami
Satukanlah hati-hati kami untuk berjihad pada jalanMu
KepadaMu kami memohon, Ya Allah yang Maha Mendengar segala rintihan dan permintaan kami...
Posted by USRAH QUT at 9:18 PM 0 comments
Thursday, February 25, 2010
BERKENALAN DENGAN USRAH
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Aritkle ini tidak akan membincangkan secara terperinci mengenai maksud usrah. Secara ringkasnya, usrah bermaksud "KELUARGA", dan anda tahu apa yang kita semua selalu lakukan bersama-sama keluarga:-
- Saling sayang-menyayangi
- Saling nasihat-menasihati
- Saling ingat-mengigatkan
- Bantu-membantu antara satu sama lain
- Memberi tunjuk ajar, tarbiyah, didikan, dan ilmu
- Berseronok, beriadah, dan bergelak ketawa bersama
- Berkongsi pengalaman, pendapat, ilmu, dan buah fikiran
- Macam-macam lagi
Usrah bukanlah satu konsep baru yang diperkenalkan apabila penyebaran Islam pada zaman moden direvolusikan. Bahkan usrah adalah amalan sejak bermulanya penyebaran Islam secara tertutup pada zaman Rasulullah S.A.W, iaitu ketika Arqam bin Abi Al-Arqam dijadikan tempat berkumpulnya Rasulullah dan para sahabat untuk belajar tentang Islam dan juga untuk menyebarkan Islam secara tertutup pada ketika itu.
Maka kesimpulannya, USRAH merupakan suatu agen yang amat penting dalam penyebaran Islam pada masa dahulu, sekarang dan pada masa hadapan. Nabi Muhammad S.A.W pun menganggapnya begitu penting. Anda tak rasa begitu?
KEPENTINGAN USRAH?
Kita semua memerlukan sesi usrah kerana kita telah menggunakan keseluruhan kehidupan seharian kita untuk perkara lain yang tidak berkaitan dengan iman kita. Tambahan pula, ada banyak perkara yang kita lakukan sehari-harian, sebenarnya berdosa, makruh ataupun syubhah, lebih-lebih lagi, kita tinggal dan belajar di Australia ini. Amlan wajib sahaja seperti solat lima waktu sudah tentu tidak mencukupi apatah lagi jika dinilai kembali KUALITI SOLAT kita semua. Sejauh manakah kita yakin dengan amalan solat kita yang sepatutnya dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar? Maka, waktu usrah ini adalah waktu yang paling baik untuk kita semua bermuhasabah.
Selain itu, tiada seorang pun daripada kita yang mempunyai ilmu yang betul-betul mendalam tentang Islam. Maka, ini adalah waktu yang paling baik untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan masing-masing dan seterusnya meningkatkan kefahaman kita tentang ISLAM YANG TERCINTA, yang Insya-Allah akan bersama kita walaupun selepas kita mati. Pesanan penaja ialah, jangan ada rasa malu dalam menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu tentang Islam, iaitu ilmu yang paling penting di dunia dan akhirat.
Oleh itu kawan-kawan, apa salahnya kalau kita bersama-sama meluangkan sedikit daripada masa kita untuk mengingati ALLAH dan menilai kembali tahap keimanan dan juga kualiti amalan ibadat kita seharian. Ini adalah peluang yang baik untuk menambahkan pahala, meningkatkan kefahaman dan menguatkan keimanan. Insya-Allah. Semua ini adalah untuk bekalan kita semua bagi menghadapi hari kematian dan akhirat yang pasti. Ya, kita semua memang selalu lupa tentang akhirat dan kematian.
APA KEISTIMEWAAN USRAH?
Berikut merupakan beberapa aspek tentang usrah yang menjadi pilihan kita semua:-
- Usrah adalah satu program yang berlandaskan konsep kekeluargaan dan persaudaraan. Ia merupakan suatu konsep yang peribadi dan sangat hampir dengan setiap individu.
- Selain itu, ia berteraskan persaudaraan dan kekeluargaan Islam, di mana setiap muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain tidak kira bangsa dan latar belakang; iaitu suatu konsep yang amat penting dalam Islam.
- Tiada peraturan hitam putih di dalam usrah. Ahli-ahli usrah tidak perlu terikat dengan protokol yang membebankan dan menghalang ahlinya daripada daripada bersifat terbuka untuk berbincang dan bertanyakan soalan.
- Usrah lebih interaktif. Ia dijalankan dalam kumpulan yang kecil. Oleh itu, para ahli boleh mengupas sesuatu isu dengan lebih mendalam. Pelbagai persoalan boleh dijawab dengan lebih spesifik mengikut keperluan individu.
- Usrah ini separuh formal. Para ahli tidak perlu merasa tertekan atau malu untuk berbincang mengenai topik yang dirasakan tidak bersesuaian untuk majlis-majlis ilmu yang formal, seperti di kelas dan di surau/masjid.
Adalah sunat bagi kita untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan perkara yang baik terutama perkara yang sunat. Manakala makruh bagi kita mendahulukan orang lain mengerjakan perkara sunat dan perkara yang baik atas sebab hendak memberi peluang kepada orang lain untuk berbuat kebaikan dan mendapat pahala atau dengan alasan bahawa kita tidak layak untuk membuat kebaikan.
Contohnya:-
- "Awak sajalah yang tegur dia. Takkanlah aku yang nak tegur, aku tak layak. Siapalah aku..."
- "Biarlah orang tu sahaja yang penuhkan saf di hadapan dahulu. Bagi dia peluang dapat pahala lebih sikit."
- "Aku ni malas sikit kalau bab-bab agama ni. Maklumlah, aku bukannya alim sangat..."
- "Aku sengaja je tak nak bagi sedekah kali ni. Yelah, biarlah orang lain pula yang buat."
Ini kerana orang seperti ini dianggap sebagai seorang hamba Allah yang bongkak kerana merasakan pahala dirinya sudah cukup yang membolehkannya terlepas daripada api neraka, lalu memberi peluang kepada orang lain pula untuk mendapat pahala; dan seolah-olah tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar bukanlah di atas tanggunggannya, sedangkan ia adalah kewajipan setiap muslim, dan semua muslim wajib dan layak untuk berbuat demikian.
Tambahan pula, ini adalah amalan para Nabi dan Rasul, serta amalan para sahabat/ulama-ulama yang berebut-rebut untuk meraih pahala daripada Allah S.W.T. Walaupun mereka sudah dijanjikan syurga dan mendapat redha Allah, mereka tetap beribadat dengan bersungguh-sungguh kerana merasakan pahala mereka masih belum melayakkan mereka untuk ke syurga dan merasakan diri mereka masih hina di sisi Allah S.W.T. Jadi kawan-kawan, marilah kita sama-sama mencontohi perkara yang baik ini dan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan meraih redha Allah S.W.T.!
AKHIR KATA...
Kini, saya menyeru, semua rakan untuk sama-sama berusrah. Anda semua amat dialu-alukan untuk sama menyumbang ilmu, idea, dan pendapat masing-masing. Jika selama ini anda merasakan usrah itu bosan, apa kata anda semua sama-sama menyumbang idea dan pendapat. Saya pasti, anda semua mempunyai buah fikiran yang tersendiri tentang isu-isu yang berkaitan dengan agama kita yang tercinta ini. Jadi, jangan malu-malu. JOMLAH SEMUA KITA BERUSRAH!
Posted by USRAH QUT at 3:07 PM 0 comments
JOM JEMAAH: Solat Jemaah, Yasin dan Tazkirah Ringkas

Date: Sunday, February 28, 2010
Time: 6:20pm - 8:00pm
Location: Room No.809, East, CLV Kelvin Grove (Farah, Izzah, Nadia, Faraziela, Seha)
Assalamualaikum.
Usaha ini dilakukan dalam misi menghidupkan suasana islamik dalam komuniti kita di bumi asing bumi australia dgn harapan ukhuwwah terus terjalin, islam tetap maintain dan islam insyaallah bertambah.
Tentatif :
1. Solat Maghrib BERJEMAAH
2. Bacaan surah Yaasin & tahlil
3. Kuliah Ringkas oleh Ustaz Juhazren (Pengerusi Persatuan Pelajar Melayu QLD, Pelajar Post-Graduate QUT)
4. Solat Isyak BERJEMAAH
5. Jamuan ringan
Nota :
1. Sila bawa SEJADAH, TELEKUNG (muslimat) & YAASIN / QURAN.
2. Sahabat-sahabat ‘digalakkan’ untuk membawa sedikit makanan untuk bekalan jamuan ringan yang akan diadakan di penghujung majlis (rujuk tentative). Sebarang pertanyaan mengenai makanan, sila rujuk AJK Makanan (Izzah & Dina).
3. Kehadiran sahabat-sahabat adalah AMAT digalakkan & disyorkan.
“Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu.”
(An-Nisaa 102)
Wallahuaalam.
Posted by USRAH QUT at 2:04 PM 0 comments
The first steps
Assalamualaikum...
Turning over a new leaf at a new county may not be an easy thing to do. What more, this new place is to the utmost unlike the place that has been home for more than 20 years of our lives. If before, we can simply buy and eat food at a bunch of food stalls or restaurants, now we have to actually find out first whether this particular place to dine in is halal or not. If before, we will hear azan from masjid, television or even radio to mark prayer time, now we have to just rely on the prayer time schedule in knowing the time to pray; no more azan from nearest masjid or surau to remind us “it’s time to pray”.
Being in an alien place to us, we have to not only be strong both mentally and physically, but also to be extra strong spiritually because it’s not just the weather changes and the different slangs that we are dealing with, but we are actually dealing with different kind of surroundings; the surrounding that could easily influence us to the mislead path, that is synonymous with drinking and partying, free mixing between males and females and this surrounding actually contradicts the surrounding that we experienced back in Malaysia.
We often hear great admirations especially from our Malaysian society about students who study overseas but don’t forget, it’s not just about the fun of being at overseas; remember we are here because of the responsibility we have to become great teachers, and always bear in mind our parents’ and family’s expectations on us. Of course we should take this chance to experience things and explore places but remember, there’s always a barrier in everything we do. It’s okay to look and learn, but be sure not to cross the Islamic barriers because in whatever we do, “niat tak menghalalkan cara” – though we mean well, but if our approaches are wrong, it would still be wrong. For instance, though we mean to help others, but we steal things in order to help, it would still be wrong. So in whatever we do, always ensure that our intention and approach are parallel with one another.
And one thing for sure, always remember, Allah always loves and cares for you
It is mentioned in a hadith that Allah Ta’ala says “whosoever remembers Me in his heart, I remember him in my heart and whoever remembers Me in a gathering then I remember him in such a gathering which is far more superior to his gathering, and that is in the gathering of the angels.”
So whenever you feel like there’s no one for you, always remember that Allah is there, He knows, He understands, He sees, He hears. So ask from Him, pray to Him, cry to Him, and plead to Him, because He is the One that would always be there for you, through thick and thin.
p/s: Like previous entry proposed, always refresh our intention (niat) of being here, remember those important people back in Malaysia and don’t do things that may disgrace them. =)
Posted by USRAH QUT at 12:37 PM 2 comments
Wednesday, February 24, 2010
Bekalan dari Malaysia
Assalamualaikum..
Pada penghujung semester lepas,penulis dan 9 sahabat yang lain sempat untuk mendengar pesanan daripada ustaz Khairul Anuar di surau Ta'dib IPIK. Tidak adil rasanya jika input-input yang sangat berguna itu tidak dapat dikongsi bersama sahabat2 yang lain. Oleh itu,dalam entry kali ini,penulis ingin berkongsi 5 pesanan utama Ustaz Khairul yang insyaAllah amat berguna untuk kita semua:
1) NIAT
Mari kita tanya diri kita sendiri,apa sebenarnya niat kita ke sini? Adakah kita hanya sekadar seorang tourist di sini? Datang untuk melancong dan mengambil gambar semata-mata? Kita sepatutnya bersyukur mendapat peluang untuk melihat negara luar ini. Kita dapat bermusafir. Terdapat banyak iktibar yang boleh diambil. Kita berpeluang untuk melihat,mentafsir dan berfikir segala benda dan situasi yang asing di sekeliling kita. Suka penulis untuk mengingatkan sahabat2 untuk sentiasa refresh niat kita. Jangan lupa untuk update niat kita itu agar sentiasa berada di landasan yang benar.
2) TINGGALKAN KELUARGA DAN SAHABAT2 DALAM KEADAAN HAK2 MEREKA DIPENUHI
Cuba kita muhasabah semula diri kita. Adakah kita telah meninggalkan keluarga dan sahabat2 di Malaysia dalam keadaan hak2 mereka telah dipenuhi? Adakah kita pernah menyakiti hati sesiapa dan masih belum meminta maaf? Adakah kita masih berhutang dengan mereka dalam apa jua bentuk sekali pun? Adakah mereka redha akan pemergian kita? Cuba kita renung kembali,sudahkah kita meminta doa lebih2 lg dari ibu bapa kita sebelum memulakan pengajian semalam? Sudah pasti kita ingin berada di sini dalam keadaan 'bersih'. Jika masih ada lg hak2 mereka yang belum terlaksana,kita masih belum terlambat. Hubungi mereka. Mereka pasti menghargainya =)
3) INGAT AMANAH2 YG DIPIKUL
Mari hayati bersama petikan lagu Yusof Islam berjudul Bismillah ini:
I am a Muslim, the things I say
In everything I do everyday
We are Muslims, the things we say
In everything we do everyday
Ke mana sekali pun kita pergi,kita adalah muslim. Maka,bawa imej seorang muslim. Tidak kira di mana sekali pun kita pergi,ingatlah bahawa kita masih terikat dengan title muslim itu. Selain itu,kita juga perlu membawa imej seorang penuntut ilmu. Apakah imej seorang penuntut ilmu? Penulis beranggapan kita semua sebagai bakal pendidik tahu akan imej seorang penuntut ilmu sejati itu. Ingatlah para sahabat,semua perbuatan kita di sini tidak sia2 dan segalanya akan dikira di samping Allah kelak.
4)BINA UKHWAH
Ukhwah di sini termasuklah ukhwah sesama sahabat2 cohort 1 sendiri, ukhwah dengan senior2 dan ukhwah dengan orang luar yang lain. Berada jauh dari keluarga di Malaysia,kita semua di sini adalah 1 keluarga. Sebaik-baiknya,binalah ukhwah dengan mereka yang boleh membimbing kita dari aspek tarbiah,sahsiah dan akademik dan saling menasihati dan menegur.
"Sungguh,manusia berada dalam kerugian.kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (Surah al'Asr ayat 2&3).
Sekali-sekala,alangkah manisnya jika kita semua dapat berkumpul bersama untuk mengeratkan lagi ikatan2 yang telah dibina atas nama Islam ini.(jemput datang ke program JOM JEMAAH: Solat Jemaah, Yasin dan Tazkirah Ringkas)
5) KE MANA KITA PERGI,KITA ADALAH PENDAKWAH
Dalam entry yang lepas,penulis ada menyentuh tentang kewajiban menyeru ke arah kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Setiap orang yang mengucap 2 kalimah syahadah itu adalah pendakwah. Maka,tunjukkanlah contoh dan sikap yang baik. Dengan berbuat begini,kita sebenarnya telah menjaga diri sendiri dan juga org lain di sekeliling kita. Nama baik bermula dari sekecil-kecil diri sendiri hinggalah ke sebesar-besar negara dan agama,segalanya bergantung kepada kita.
Akhir kata,suka penulis untuk mengingatkan sahabat2 sekalian untuk menghargai,menghayati serta mempraktikkan pesanan2 yang diterbangkan jauh dari Malaysia ini..Ingatlah bahawa mereka di sana sentiasa menyayangi serta mempunyai harapan yang tinggi terhadap kita. Persoalannya,bagaimana cara kita membalas kasih dan memenuhi harapan mereka itu? Sama2 kita renungkan. Wallahuaalam.
Posted by USRAH QUT at 9:54 PM 0 comments
