assalamualaikum.
[dulu azam nak share apa yg aku dapat masa khutbah at least di facebook setiap minggu.tapi tak gerak.kelemahan diri sendiri.alhamdulillah allah gerakkan jari jemari membuat sedikit perkongsian minggu ni.semoga istiqamah.]
sejarah dakwah nabi..
dahulu semasa di awal kedatangan islam, ayat2 alquran tak terus arah kaum jahiliyyah tinggalkan apa yg mereka dah biasa buat. Contohnya arak, zina, judi, etc.
tapi ayat2 allah lebih kpda menerangkan reward yg akan mereka dpt kalau berbuat baik dan punishment kalau mereka buat benda buruk. Lebih kpda menyeru kpda percaya kpda keisaan allah, kerasulan nabi.
Lama2 mereka mampu mengikut ajaran agama islam sampai satu tahap benci kpda hidup jahiliyyah mereka. Sebab telah timbul dlm hati mereka iman kpda allah dan rasul.
Sebab itu generasi tersebut mampu menjadi generasi yang hebat. Sebab mereka tinggalkan apa yg tak baik buat meraka. Dgn meninggalkan perkara2 tersebut, kehidupan mereka menjadi lebih teratur dan harmoni.
Dalam kata lain, kedatangan islam mampu mengubah taraf hidup mereka. Taraf hidup wanita, kanak, taraf ekonomi, etc.
Kita akan jadi hebat andai mampu tinggalkan perkara buruk menurut islam..
Bayangkan kalau sekarang, orang belum islam mampu tinggalkan arak, alangkah hebatnya dunia. Sebab arak dunia kucar kacir. Gaduh sana, gaduh sini. Tumbuk sana, pekik situ, marah sini. Macam2 berlaku sebab arak.
Sebab tu sekarang banyak sgt pihak yg tampil dgn pelbagai solusi. Drink Responsibly. Know When to Say No. dan banyak lagi.
Bayangkan kalau kita mampu tinggalkan benda yg tak baik dlm diri kita. Tak mustahil kita jadi manusia hebat. Buang penyakit hasad dengki, hilangkan virus malas, kurangkan tidur, jauhi mengumpat, jaga pandangan.
Akhirnya,
setiap kita ni ibarat satu keping puzzle drpda banyak2 keping puzzle tu. Kalau taka da satu tak lengkap. Tapi bukan sekadar tu saja, nak lengkapkan puzzle tu kenalah kita jadi sempurna. Takde cacat cela.
Islam ajar kita saling melengkapi, hilang satu (berpecah) tak jadilah. Tapi ia mula dgn diri sendiri dulu. Cuba menjadi yg terbaik. Then boleh lah kita menjadi generasi yg hebat. Insyaallah.
Wallahuaalam.
bro fir
:)
0 comments:
Post a Comment